Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi,
runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang yang
terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.
====================================================
Sesuatu yang
baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang
bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
====================================================
Kawan sejati
ialah orang yang mencintaimu meskipun
telah
mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah
jalan keluar bagi orang yang tidak
bisa
menemukan jalan keluar.
====================================================
Jagalah
dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia
bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
====================================================
Jangan
tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat
menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat
musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna
hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
====================================================
Barangsiapa
yang hari ini sama dengan kemarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari
ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.
====================================================
Kumpulan
kata-kata mutiara
====================================================
Ambillah
waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah
waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah
waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah
waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah
waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
====================================================
Memang amat
tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang
berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar.
Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
====================================================
Kata-kata
yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata
yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata
yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata
yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
====================================================
Harta yang
paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal
peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah
yang paling indah tentunya KHUSYUK.
====================================================
Hidup
memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
====================================================
Kekayaan
bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda
memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
====================================================
Kumpulan
kata-kata mutiara
====================================================
Kegembiraan
ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa
keharumannya. Oleh itu berikanlah walau setitik kegembiraan yang anda miliki
itu kepada teman anda.
====================================================
Penglihatan
itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana
takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya
dalam hati…
====================================================
Orang yang
berkhianat selalu terhina. Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu
semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan
daripadanya -Emerson
====================================================
Selalu
bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga Nilai manusia adalah semahal
nilai matlamatnya. – Marcus Aurelius
====================================================
Kepada kawan
– Kesetiaan
Kepada musuh
– Kemaafan
Kepada ketua
– Khidmat
Kepada yang
muda – Contoh terbaik
Kepada yang
tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada
pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada
manusia – Kebebasan
====================================================
Berfikir itu
cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang
paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
====================================================
Semulia-mulia
manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan
tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat –
Khalifah Abdul Malik bin Marwan
====================================================
Jangan tanya
apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang
boleh kamu
buat untuk negara -Abraham Lincol
====================================================
Ciri orang
yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar
daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya – Confucius
====================================================
Setiap orang
dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai
pekerjaan yang dilakukan.
====================================================
Orang yang
berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang
mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe
====================================================
kata kata
mutiara, kata-kata bijak, lucu, romantis, cinta, islam dan motivasi
====================================================
Barangsiapa
membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita
tentang dirimu kepada orang lain.
====================================================
Jangan
memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.
====================================================
Agama tidak
pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
====================================================
Setiap bunga
mawar pasti ada durinya. Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan
kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit
sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
====================================================
Orang-orang
yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya
berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
====================================================
Fikirkan
permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi
sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang
alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan
====================================================
Kumpulan
kata-kata mutiara 2010
====================================================
Membalas
kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas
kejahatan dengan kejahatan, bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan
kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita
kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita
itu bertumbuh.
====================================================
Selalu
bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
====================================================
Tiada siapa
yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu
boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
====================================================
Nafsu
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan
itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu
cantik atas dasar akhlaknya.
====================================================
Saya percaya,
esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini
masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.
====================================================
Memaafkan
mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi memaafan kita akan dapat mengubati hati yang telah
terluka. maaf yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang
segala parut luka emosi
====================================================
Kumpulan
kata-kata mutiara 2010
====================================================
Kasihkan
manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita
gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia
====================================================
Dalam
kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
====================================================
Kita tidak
dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan
sakit hati di masa lalu.
====================================================
Orang
bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan
lapang hati
mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.
====================================================
Pandanglah
segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu,
sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
====================================================
Jembatan
menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung
antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
====================================================
Pemimpin yang
berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas
daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah
daripadanya.
====================================================
Sesiapa yang
tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. Dunia ini ibarat
pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup
bahagia di dunia dan akhirat.
====================================================